Sunday 21 August 2011

Makanlah Seperti Kekasih Allah!

Assalamualaikum, salam Ramadhan Kareem,alhamdulillah kita dah pun masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, sekejap jer kan?huu...entri kali neyh nak berkongsi sket la mengenai adab dan amalan pemakanan Rasulullah SAW.mgkin ada yg dah taw, tp sy yakin ramai lgi yg x taw.kalo taw pun sy pcya korg pun main bedal jekan mkn, jnji sodap!huu...so kat sini sy kongsikan sket bsm2 dgn dalil aqli dan naqli skali, spy bila nk beramal tu rasa lbih yakin lg ok?renung2kan dan selamat beramal!^__^







1. Berwudhu’ atau membasuh tangan .

Dalilnya ; Rasulullah s.a.w bersabda; “ Wudhu’ sebelum dan selepas makan (membasuh tangan dan mulut) itu menambah berkat ”. (Hadith riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

Ulama’ berkata ; Barakah dalam membasuh tangan sebelum makan bermaksud bertambahnya makanan dan mengenyangkan perut.

Barakah dlm membasuh tangan selepas makan bermaksud manfaat dan tujuan makan akan dapat dicapai yakni menjadi darah daging, membina tenaga dan kekuatan, membantu beribadat dan membentuk tingkah laku yang baik. ( Terjemahan Syarh Shamail Tirmizi Khosail Nabawi )


2. Membaca doa أللهُمَّ بارِك لَنا في ما رَزَقْتَنا وَ قِنا عَذاَب النَّار ketika makanan sedang dihidangkan.

Dalilnya ; Nabi s.a.w membaca (doa ini) ketika makanan sedang dihidangkan kepada baginda. (Hadith riwayat Ibnu Sina dinukil dari AlAzkar)


3. Duduk makan secara sunnah,

· Kedua-dua lutut ditegakkan. Dalilnya ; Diriwayatkan secara hasan,;Telah dihadiahkan kepada Nabi s.a.w daging kambing, maka Nabi s.a.w. telah duduk berlutut,sedang baginda makan seorang arab badwi menegur baginda s.a.w ;“Duduk apakah ini?”. Maka Nabi s.a.w bersabda; “Sesungguhnya Allah menjadikan saya sebagai seorang yang pemurah dan tidak menjadikan saya orang yang bersifat keras lagi kasar”.


· Kaki kanan ditegakkan ,dan duduk diatas kaki kiri.
Dalilnya ; Ibn Dohhak meriwayatkan didalam Syamail dari hadis Anas r.ahu ;Adalah baginda Nabi s.a.w apabila duduk untuk makan baginda akan duduk diatas kirinya dan menegakkan kanannya (betis) kemudian baginda bersabda ;“Sesungguhnya saya adalah hamba,saya duduk seperti seorang hamba duduk, dan saya akan lakukan seperti seorang hamba lakukan.”


Sunnahnya : Duduk atas (belakang) tapak kaki dalam keadaan berlutut ATAU ditegakkan kaki kanan dan duduk diatas kaki kirinya.
(Bab Makan Nabi s.a.w dinukil dari Syarh Ihya’ U’lumiddin )


4. Makan dengan tidak bersandar. Dalilnya : “Nabi s.a.w. tidak pernah dilihat makan dalam keadaan bersandar.” ( Hadis Riwayat Nasaie’ dinukil dari Syarh Ihya’ U’lumiddin )
Terdapat Hadis baginda pernah bersandar ketika makan; Anas bin Malik r.ahu berkata; “Buah tamar telah dihadiahkan kepada RasulLlah s.a.w. , daku melihat Baginda s.a.w makan sambil bersandar kerana terlalu lapar.” ( Hadith riwayat Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Nasaie’)


Ulasan; Ini bererti Baginda ada bersandar kedinding atau selainnya. Disini , disebabkan lemah dan lapar, maka tidak boleh dikatakan ia bertentangan dengan hadis yang melarang bersandar.Dari hadis ini, dibenarkan makan sambil bersandar.

(Dinukil dari Terjemahan Syarh Shamail Tirmizi Khosail Nabawi ).


5. Makan dengan tangan kanan

Dalilnya ; Nabi s.a.w bersabda; “ Bacalah BismiLlah dan makanlah dengan tangan kananmu ”.(Hadith riwayat Bukhori dan Muslim dinukil dari AlAzkar)


6. Terlupa membaca Bismillah pada permulaan makan hendaklah membaca ;

بِسمِ الله أوَّلَهُ وَ أخِرَهُ
Dalilnya ; Hadhrat A’aisyah r.aha berkata; Rasulullah s.a.w telah bersabda ; “ Apabila salah seorang diantara kamu makan dan terlupa menyebut nama Allah maka hendaklah ia membaca (doa ini)” . ( Hadith riwayat Tirmizi )

Imam Nawawi rah.berkata, Ulama’ telah berijma’; Sunat (hukum) membaca Bismillah pada permulaan makan.Mustahab bagi seseorang yang terlupa (membacanya pada permulaan makan) membaca (doa diatas) di pertengahan makannya.


Ulama Syafie’ dan selain mereka ; Membaca Bismillah dengan kuat adalah Mustahab supaya dapat memperingatkan yang lain dan dapat diteladani (dicontohi), wallahu A’lam.

Sifat-sifat Bismillah dan kadarnya yang dibenarkan;

· Afdhal : بِسمِ الله الرحمن الرحيم

· Mencukupi dan terhasil sunat : بِسمِ الله

Imam Syafie’ telah mengeluarkan pandangannya , Kalau seorang sahaja yang menyebut Basmallah dari kalangan yang makan dapat mencukupi (untuk semua). ( Al Azkar )


7. Doa dikurniakan makanan; اللهمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ و أطْعِمْنَا خَيْراً مِنْهُ

Dalilnya; “Barangsiapa dikurniakan oleh Allah rezeki , ucapkanlah doa ini; (doa diatas).” ( Hadis riwayat Tirmizi turut dikeluarkan oleh Ibnu Majah semakna dengannya,dan Imam-imam hadis yang enam kecuali Nasaie’)


8. Makan secara berjemaah.

Dalilnya : Riwayat Jabir r.ahu, “ Makanan yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah yang banyak tangan didalamnya”. (Riwayat Abu Ya’la dan Imam Tobrani didalam Kitab Awsatnya dan Ibnu A’ddi dengan sanad Hasan; dinukil dari Syarh Ihya’ U’lumiddin) .


9. Makan yang paling hampir dengan dirinya. 

·Dalilnya ; “Wahai budak , makanlah dengan menyebut nama Allah dan dengan tangan kananmu, dan makanlah apa yang lebih hampir denganmu ”.(Hadith riwayat Bukhori dan Muslim dinukil dari AlAzkar)

· “Apabila kamu makan janganlah makan dari tengahnya, akan tetapi makanlah dari tepinya (yang hampir dengannya); Sesungguhnya berkat turun ditengahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud turut mengeluarkannya Tirmizi, Nasaie’, dan Ibnu Majah)

Mengikut keputusan Ashab ; Makan yang lebih hampir itu sunat walaupun berseorangan diri.

Imam Syafie’ telah mengeluarkan pendapatnya (nas) didalam risalahnya dan beberapa tempat didalam Kitab AlUmm ; Hukum makruh / haram sekiranya dia makan yang tidak hampir dengannya tanpa mengetahui keredhoan orang yang makan bersama-samanya. Sekiranya dia tahu keredhoannya tak mengapa seperti dalam satu riwayat Nabi s.a.w mencari-cari labu air disekeliling talam kerana mengetahui tiada yang tidak menyukai, dan tidak memandang jijik perbuatan baginda itu.

Sekiranya makanan itu satu jenis maka hendaklah makan tidak melebihi dari yang dekat dengannya.Sekiranya lebih dari satu jenis bolehlah makan dari yang bukan berhampiran dengannya. ( Bab Makan Nabi s.a.w dinukil dari Syarh Ihya’ U’lumiddin) .


10. Makan dengan tiga jari adalah amalan Nabi s.a.w.

Dalilnya : Baginda s.a.w sentiasa makan dengan tiga jarinya dan menjilatnya sebelum menyapunya (dengan saputangan). ( Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi dinukil dari Syarh Ihya’ U’lumiddin).

· Adakalanya Nabi s.a.w. makan dengan empat jarinya,termasuk lima jarinya. Dalilnya : “Nabi s.a.w sering makan dengan tiga jarinya dan mengambil sokongan dari jari keempatnya.” ( Riwayat Imam Tobrani dalam kitab Kabirnya)

· “ Nabi s.a.w makan dengan lima jarinya ”.( Riwayat Imam Zuhri secara Mursal)

Imam Zabidi ‘asyahiru’ Murtadho berkata didalam kitabnya Syarh Ihya’ U’lumiddin ; “ Hadis Mursal Imam Zuhri ini mungkin diamalkan ketika makanan itu cair (berkuah).Sekiranya cukup dengan tiga jari adalah memadai. Jika tidak cukup ditambah jari mengikut keperluan.”
(Bab Makan Nabi s.a.w dinukil dari Syarh Ihya’ U’lumiddin )

Baginda juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim untuk pencernaan banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat. (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).


11. Makan makanan yang tidak panas.

Dalilnya;

·“ Sejukkanlah makanan, kerana makanan yang panas tidak mengandungi berkat.” (Riwayat Imam Tobrani didalam Awsatnya dinukil dari Syarh Ihya’ U’lumiddin)

· Asma binti Abu Bakar r.aha apabila beliau telah masak,beliau menutup masakan tersebut hingga hilang wapnya, dan berkata; “Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; “Ianya lebih membawa berkat.” (Riwayat Hakim dinukil dari Terjemahan Raudhotul Ahbab)


12. Dilarang mencemuh makanan yang tidak digemari.

Dalilnya; “ Rasululullah s.a.w tidak pernah mengaibkan makanan.Sekiranya baginda menggemarinya baginda memakannya, sekiranya baginda tidak menggemarinya baginda meninggalkannya.” (Hadis riwayat Abu Daud turut mengeluarkannya Imam Bukhori, Muslim, Tirmizi, dan Ibnu Majah)


13. Boleh mengumpulkan dua jenis makanan yang berlainan warnanya.

Dalilnya; Dari A’aisyah r.aha; “Adalah Rasulullah s.a.w selalu makan tembikai dengan kurma ruthob, dan baginda bersabda; “Kita hilangkan kepanasan (makanan) ini dengan kesejukkan yang ada pada ini ,dan hilangkan kesejukkan ini dengan kepanasan yang ada pada ini.” (Hadis riwayat Abu Daud turut mengeluarkannya Tirmizi, dan Nasaie’)

14. Doa minum susu اللهمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَ زِدْنَا مِنْهُ

Dalilnya; “Dan barangsiapa yang dikurniakan susu oleh Allah ucapkanlah (doa diatas);Ya, Allah berkatilah kami didalamnya dan tambahkanlah bagi kami darinya.” ( Hadis riwayat Tirmizi turut dikeluarkan oleh Ibnu Majah semakna dengannya,dan Imam-imam hadis yang enam kecuali Nasaie’)

15.Jangan membazir

Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan. (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).

16.Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
* Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
* Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

Kajian menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion- (Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

17.Tidak meninggalkan makan malam

Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.

18. Minum banyak air

Rasulullah sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Baginda juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat penyakit.

19.Teguk air perlahan-lahan

Rasulullah juga supaya meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan.Baginda melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum.Ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia

20.Makan sahur ketika berpuasa

Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu).


Semoga kita sama2 beroleh manfaat dari perkongsian neyh, insyaAllah.Wallahua'lam...pen off!^__^

4 comments:

  1. bagus entri nie...ada jgk yg saya tak tahu... TQ

    ReplyDelete
  2. dalam doa makan ada "peliharakan lah kami dari azab api neraka" sebab apa yg kita makan 2 dtg dari sumber pndpatan kita, either hasil cucuk tanam or gaji.. kberkatan sumber tu hanya Allah je yg tahu.. dging yg tmbuh hasil dri mkanan haram 2 confirm2 jadi bahan api neraka, sb tu diselitkan ayat tu dlm doa makan.. harap2 kita makan mknan yg halalan toyyiban..

    eh, awk dah taw ke belom ea? ahaha.. saja mau share.. ^^

    ReplyDelete
  3. @khairul_bariyyah
    ha'ah..btol 2 ustajah!^__^
    duit yg kte peroleh utk mkn tu kte xble jamin 100% halal dan berkat,so mne2 yg di luar kemampuan kte utk mencegahnya kte mntak dgn Allah jela moga dihalalkan rezeki yg Dia kurniakan...:)

    ReplyDelete

Para Pengikut

TINGGALKAN JEJAK ANDA

Kotak Pencari