Tuesday 6 September 2011

Perkara Lazim Tentang Raya

Assalamualaikum, salam eid mubarak, minnal aidin walfaizin. Selamat hari raya kpd semua kawan2 pembaca blogku sekalian,hehe..lama sikit tinggal blog tak diupdate, internet kat kg biasalah macam siput sedut, sabor ajelah!Anyway, entri sy kali ni bukan nak tunjuk gambar-gambar raya sy pun, takde yg best pun pasal tu,huhu..apa yg sy nak kongsi kali ni adalah perkara yg lazimnya wujud time nak raya or time tengah raya, melalui perspektif dan kepala otak geliga patik ni,haha...so layan!sape2 yg bersetuju rajin2lah drop komen ye?tq.:)






Pengumuman raya
Dari yg kecik sampailah besar kalau time puasa perkara paling ditunggu2 adalah pengumuman raya oleh penyimpan mohor besar Raja2.Kalau kebetulan raya jatuh keesokan hari, apa lagi..mmg berdentumlah bunyi meriam, mercun sana sini, ish3..bawak2lah pergi masjid takbir raya ke, bayar zakat fitrah ke, tak pun tlglah mak kat dapur siapkan balang2 kuih, pasang langsir, kemas rumah, ada jugak faedah, kang tak pasal2 ada yg putus jari malam raya merana jer.Tapi kalau sy, malam2 raya sukalah merayap kat bandar, cari jualan runtuh..haha...kuih raya, baju raya semua murah2 dah.:)


Baju raya
Yang ni memang toksah cakaplah kan?Semua orang kalau boleh nak ada pakaian baru yg cantik2, biar nampak segak dan anggun di hari raya, cewah!Baguslah, ikut sunnah Rasulullah spy berpakaian baru atau sekurang2nya pakaian yg terbaik yg kita ada utk menyambut raya,tp biarlah berpada2.Kalo baju melayu ada 10 pasang, baju kurung 20, tudung toksah cakaplah,tu dah lari dari sunnah, membazir pun xelok, amalan syaitan tu, kalo niat utk bermegah2, nak menunjuk kat orang lain, kan dah dapat dosa kering, ish3...

Baju Melayu cekak musang dengan sampin sekali, tiga sploh!

Solat sunat hari raya
Kalau solat sunat hari raya kat kg, mmg surau tepi rumah sy tu penuh sampai ke tangga, ish3...nak kena renovate kasi dua tiga tingkat lah surau ni,hehe..tp bestlah sbb mmg trasa suasana raya, pagi2 semua orang comel2 jer dtg masjid, surau nak solat sunat, lepas khutbah semua salam2.Rumah sy paling dekat dgn surau, so kalau dah sudah solat rumah pertama yg kena serbu dgn budak2 rumah sylah.haha...tp sejak arwah atuk dan nenek dah takde, raya tiap2 tahun cam suram sikit, tak taula kenapa..huu.

Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah di masjid

Kuih raya
Siapa setuju kalau sy cakap takde kuih raya mmg tak raya lah korang?haa...kalau masa muda2 dulu rajin jugak buat kuih raya, tp sekarang dah dewasa jadi rajin memilih dan membeli kuih raya cetak jer,haha..Tp kalau2 rajin buatlah jgak yg simple2, popia simpul wajib buat,puding roti, puding karamel dan biskut batik.haa..jangan tak cayer plak sy yg buat.Selalu hidangan lazim macam sate, ketupat rendang, lemang, tapai pulut dan nasi minyak tu mmg hidangan zaman berzaman family lah tu.Kalau kuih raya sy suka almond london, tart nenas dan kerepek bawang.ha..yg tu kalo wat tengok tv kalau kasi satu tong besar pun boleh habis.^__^

Haa..pilih2, 3 sploh!

Duit raya
Teringat time kecik2 dulu, sanggup round kg smata2 nak kutip duit raya, lepas tu banding2 dgn member sebelah, kalau sikit pergi cari lagi sampai cukup banyak, haha...indah tol raya zaman kecik2, semua orang nak kasi duit raya kat kita.Sekarang dah besar panjang, orang pulak mintak duit raya kat kita, adeh!Tp seronok tengok gelagat budak2 yg datang beraya ni, biasanya modal tuan rumah, dia tanyalah anak sape, duk kat mana, dah berapa rumah dah pegi beraya, lepas tu kirim salam kat parents, haha...bila nak balik time tulah paling best sekali, sbb dpt duit raya.Yg tak best utk tuan rumahlah kan?Kopak2..haha..:p Tp skrg dapat jugak, tiap kali raya dapat seratus, abah kasi, peh!xpayah sush2 round kg kutip duit..sape kata dah besar tak dapat duit raya?haha..

Nah hambek!50 aku kasik...:p

Kad raya
Yang ni walaupun sekarang semua dah maju, ada internet, sms dan mms bagai, tp tradisi mengirim kad raya ttp ada walaupun da makin kurang.Sentimental woo kad raya ni, lagi2 kalau dpt kad raya dari someone yg teristimewa dalam hidup, cewah!Boleh wat kenangan, tunjuk kat anak cucu,sms xboleh..haa..sy pun byk jugak dpt kad raya tahun ni, thanx sgt2 kpd kawan2 yg sudi kirim, malangnya sy tahun ni mmg tak sempat langsung nak cari kad raya, maaf3!selalu abah bawa balik jugak kad raya cun Tabung Haji, tp tahun ni takde pulak, huu..

Kad raya kiriman insan tersayang, cewah!

Lagu raya
Kalau time puasa, dengar lagu rayalah paling buat diri rasa tensen+syahdu nak balik kg, lagi2 bila time tu tengah duk sibuk study kat kampus lagi, orang prantauan katakan, haha..kalau kat shopping complex tu, belum puasa dah main lagu raya dah, sale punya pasl..yg kat radio pulak tak sampai separuh Ramadan lagi dah berkumandang lagu2 raya yg syahdu, hampeh tol!Tapi apa pun lagu raya yg lama2 jugak best, lagu Siti pun best, nasyid pun best, yg lain semua mengarut.Apalah lagu raya pun nak rock, rap, hip hop..tak sesuai!


Rumah terbuka raya
Yg ni paling best, sbb dapat makan mcm2 dengan rakusnya, haha..kdg2 sampai 2,3 rumah dalam sehari, mmg kalau sampai rumah yg ketiga perut dah sendat, tali pinggang pun silap2 dah tercabut, haha...tp seronoklah sbb dpt jumpa kawan2 lama, tanya khabar di samping dapat kenalan baru, kan3?Rumah terbuka bukan sekadar pergi utk menjamu selera sahaja, tp biarlah ada semangat ziarah menziarahi sambil mengeratkan silaturahmi sesama insan.Yg menganjurkannya pulak janganlah buat rumah terbuka semata2 utk bermegah2, kononnya nak menunjuk2 orang yg buat rumah terbuka ni poket tebal2, kasi makan beribu2 orang,haa..riak tu, tak pasal2 dapat apa murid2?dosa kering ustaz!Pandai2..:p


Rumah terbuka Malaysia, tataw pulak Malaysia ada rumah

Jalan raya
Kalau raya, tempat mana paling korang tak suka, dan kalau boleh korang nak elakkan dari pergi sepanjang raya?teeetttt!!Jawapannya jalan raya!Pandai2...hehe..mmglah kan?Kalau time raya jalan raya mmg toksah cakaplah, jam manjang.dengan orang yg nak balik kg, nak pergi ziarah sanak saudara, nak pergi rumah terbuka, yang nak merempit pun ada jugak sbb dorang ingat mati pagi raya ni mati syahid agaknya..ish3..apa2 pun, kalau nak pergi mana2, kenalah pandai2 merancang perjalanan ye?dan yg paling penting utamakan keselamatan di jalanraya, pandu cermat jiwa selamat, pesanan ikhlas dari JPJ Marang.:p

Jalan jam suda...nek motor lagi bagus!

Puasa Enam hari raya
Yang ni sy percaya tak semua orang buat, atau mmg senang cakap tak masuk list raya pun,huhu...sy pun camtu jgak, puasa kadang2 tak cukup enam hari dah tak sempat, sbb dah habis Syawal,huu..apa pun besar fadhilat puasa enam bulan Syawal, seolah2 kita berpuasa sepanjang tahun. So, orang yg mengejar ganjaran dunia hanya akan memikirkan keseronokan berhari raya selepas sebulan berpuasa, ttp orang yang mengejar akhirat akan berusaha utk meningkatkan amal ibadahnya walaupun di saat orang lain sibuk bergembira.:)


Di kesempatan ini, saya Mohd Nor Azly bin Mohd Jafry ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf dri hujung rambut sehingga hujung kaki atas segala kekhilafan yg berlaku, sama ada yg disengajakan atau tidak, jika ada kata2 yg mengguris perasaan atau tingkah laku yg kurang senang serta nukilan tinta ini yg mencalar hati nubari semua, sy minta maaf...salam eid mubarak!^___^ v







p/s:Yela2..sy upload la jugak satu gambar raya sy...hehe..poyo jep..:p


Senyum..senyum..x senyum xdapat duit raya, haa...

Till then pen off!:)

5 comments:

  1. seronoknyer beraye kat kg.. this is first time raye jaoh dgn family. so sad. really sad. anyway,all pictures are very beautiful. Good work ;) sedap napak kuih raye tu..;)

    ReplyDelete
  2. hantu raye mana awk? xde dalam list ea? :P

    p/s: jgn lupe bawak popia simpul awk balik nilai nt taw? hihihihi

    ReplyDelete
  3. @Nurul Aini
    alaa,xpela..bkn slalu raye di perantauan kn?da slalu sgt rye kt msia,huu..at dpt jgak pengalaman..hehe..anyway thx 4 dropping by,6t singghla lg..:)

    ReplyDelete
  4. @khairul_bariyyah
    hehe...sy xnampak plak ade antu rye dtg cni..reject2!:p

    muleh2..6t sy mkn dpn awk ea?cdap2..;D

    ReplyDelete

Para Pengikut

TINGGALKAN JEJAK ANDA

Kotak Pencari