Tuesday 6 September 2011

Syahid Dunia, Akhirat, & Keduanya

Assalamualaikum, baru-baru ni kita dikejutkan dgn berita menyayat hati ttg seorang jurugambar Bernama TV yg menyertai misi kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke Somalia, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia akibat terkena tembakan peluru sesat dri pengganas.Berita ni menjadi liputan hangat di kaca televisyen dan di dada-dada akhbar, ramai yg menyuarakan rasa dukacita dan takziah kpd keluarga Allahyarham atas kemalangan itu termasuk dari PM Malaysia sendiri.Isu ni juga mendapat reaksi para ulama-ulama termasuk mufti Perak dan Johor yg menyifatkan Allahyarham adalah syahid akhirat.Allah!Besar sungguh ganjaran Allah pdnya, tak semua orang dapat mengecap nikmat syahid yg tiada ganjaran lain yg layak utknya selain syurga.Moga-moga kita pun sama-sama dikurniakan Allah syahid, tak kiralah syahid kecil mahupun besar, amin.:)

Subhanallah!Tersenyum spt belum mati, tp sebenarnya beliau telah syahid.



“Syahid ialah orang yang meninggal, tetapi jenazahnya tidak dimandikan dan tidak disolatkan: Ini disebabkan kerana terbunuh ketika memerangi kafir, baik terbunuh oleh kafir, atau terkena senjata tersasar kaum muslimin, bahkan terkena senjatanya sendiri, atau terjatuh dari kenderaannya, atau disengat binatang berbisa lalu mati, atau tergilis kendaraan perang kaum Muslimin atau selainnya, atau terkena senjata tersasar yang tidak diketahui apakah itu senjata Muslim atau senjata kafir, atau orang yang didapati terbunuh sesudah peperangan dan tidak diketahui sebab kematiannya, baik pada tubuhnya terdapat darah atau tidak, baik kematiannya saat itu atau setelah itu, kemudian meninggal dengan sebab-sebab tersebut sebelum pertempuran tamat ” (Al-Majmu’ Syarhul Muhadzdzab 1/261).

Terdetik juga di hati kecil ni, yela ilmu agama pun belum cukup so sy tertanya-tanya, ada berapa jenis syahid dlm Islam?Jadi, sy buatlah sedikit research utk pengetahuan diri sendiri dan insyaAllah kawan-kawan juga.Sebenarnya terdapat 3 jenis syahid spt yg diterangkan dlm kitab Jauharah Tauhid:

Syahid Dunia
Golongan ini yang berjuang di jalan Allah(berjihad) tetapi niat mereka bukanlah ikhlas kerana Allah Taala, bahkan untuk mendapatkan pujian dan penghargaan. Maka jika mereka mati ketika berperang dalam keadaan sebegini akan digelarkan Syahid dunia. Ini kerana semua orang melihat seolah-olah mereka mati syahid di dunia ini sedangkan mereka langsung tidak mendapatkan apa-apa ganjaran di sisi Allah Taala di akhirat kelak.

Syahid Akhirat
Ini merupakan golongan yang pada pandangan mata manusia mereka tidaklah kelihatan sedang berperang di jalan Allah taala. Tetapi jika mereka mati maka mereka akan memperolehi pahala dan ganjaran seumpama orang yang mati syahid. Contohnya seperti yang disebutkan di dalam hadis Baginda SAW, ibu yang mati ketika melahirkan anaknya, orang yang mati kerana lemas, orang yang mati kerana sakit perut dan taun, orang yang mati kerana menahan rindu dan cinta terhadap seseorang dan dia menjaga dirinya, orang yang mati ketika menuntut ilmu dan lain-lain. Secara zahirnya kita langsung tidak melihat mereka mati dalam keadaan syahid. Tetapi di akhirat kelak, mereka akan mendapatkan ganjaran seperti orang yang mati syahid.

Syahid Dunia dan Akhirat
Golongan yang berjuang dgn ikhlas di jalan Allah.Jika mereka terbunuh ketika peperangan tersebut maka mereka digelarkan syahid dunia dan akhirat. Ini kerana di dunia manusia menjadi saksi bahawa golongan ini berjuang dan di akhirat juga mereka akan datang dengan pahala sebagai orang yang mati syahid di jalan Allah Taala.


Mengapa dikatakan syahid?

Ulama berbeza pendapat mengenai hal ini.Di antara mereka ada yang mengatakan syahid itu kerana seseorang syuhada itu dipersaksikan/diperlihatkan kepadanya Jannah (syurga). Dikatakan juga bahawa sebab dinamakan syahid ialah ruh-ruh mereka menyaksikan Jannah, dan berada di Daarus Salaam dan mereka hidup disisi Rabb (Tuhan) mereka.Jadi makna syahid (assyahiid) adalah Syaahid (Asy-Syaahid), iaitu bererti saksi, dan juga hadir (berada) di Jannah. Imam Al-Qurthubi berkata: “Inilah pendapat yang benar” (Tahdzin Masyaari’ul Asywaq Ilaa Mashaa ri’il Usy-Syaaq, hal 259)

Diantara pengertian ‘syahid’ yang lebih kuat menurut Abu Ibrahim Al-Mishri ialah:

“Kerana dia memiliki saksi (syahid) atas kematiannya. Saksi itu adalah darahnya sendiri, kerana di hari kiamat nanti ia akan dibangkitkan oleh Allah dengan lukanya yang mengalirkan darah” (Al-Majmu’ An-Nawawi 1/277). Tetapi ia juga menyebutkan bahawa adakalanya orang yang syahid lukanya tak memancarkan darah. (Ibid, hal 173)

Wallahua'lam.Pen off!:)

p/s:Muka Allahyarham yg syahid tu mirip sungguh dgn seorang sahabat kat USIM dari Iraq, Sheikh Saed Raid.:)

4 comments:

  1. seriously yg dalam gmbar tu da mati? sucinya muka dia.. huuu~

    kalo tak dapat mati syahid pun, mudah2an kita semua mati dalam iman.. ameen~ insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  2. @Jαnnαhツ
    the chosen 1 la tu,huu...kte neyh blm tntu mati husnul khatimah atau x..doa byk2la ye..:)

    ReplyDelete
  3. @khairul_bariyyah
    kn2?huu...6pk cm x mati lg,mcm org nantok kn ambik gmbr jer...huu..tp org yg syahid 2kn sentiasa hidup di sisi Allah..:)

    ReplyDelete

Para Pengikut

TINGGALKAN JEJAK ANDA

Kotak Pencari