Sunday 19 January 2014

Memburu Kerjaku (My Job Hunting)

Assalamualaikum.

Aku nak bahasakan diri aku dgn aku sebab lebih selesa. Haha. Ok, actually aku sekarang seorang assistant manager aka patrao kat Nando's Berjaya Times Square. Aku dah kerja baru kurang lebih 3 bulan and still under training. Sebelum ni lepas jer habis belajar macam2 kerja aku dah buat. After I finished my industrial training at MARDI, I went for my first ever job. Ya, kerja pertama aku sebagai seorang staff kontrak selama dua bulan kat Tabung Haji Travel. Masa tu kerja aku uruskan dokumen2 perjalanan bakal2 haji ke Mekah utk fasa pergi dan kemudian aku jadi pegawai urusan barang jemaah yg tertinggal atau meninggal dunia. Walaupun kerja macam orang gila dua bulan lebih tu, tapi gaji pun memang gila jugakla. Dua bulan kerja gaji hampir 6k beb! Melompat aku tengok duit dlm bank masa tu. Haha.

Then lepas jer graduation tahun 2012, berbekalkan ijazah sarjana muda kepujian bioteknologi makananku itu, aku applyla kerja online. Macam2 jobsites aku apply, Jobstreet, JobsDB, Jobs Malaysia dll yg sewaktu dengannya. 1st interview aku dapat kat Able Dairies Sdn Bhd, nun kat Telok Panglima Garang. Bapak jauh! Tapi demi kerja aku pergi jugakla. Dengan tambang teksi pergi balik dekat RM80, memang terbaik sangatla. Lepas tu dalam masa dua minggu aku tunggu result interview aku dapatla satu lagi interview dekat outsource company kat KL, Extreme Dimensions Sdn Bhd. Kerja dia memang 180° berbeza terus dari qualification aku-sales and marketing exec. Tapi aku fikir why not aku try jer. Lagipun aku rasa interview hari tu tak meyakinkan sangat, so aku pergila interview tu kat Quill 7, KL Sentral. Suprisingly after three stages of interviews on one day I was offered a job as sales exec. I was thinking what the hell? Am I hired already?

So aku dalam dilema la, takut jugak yg dikejar tak dapat yg dikendong jatuh tergolek dog. Kawan2 aku yg lain mostly dah ada kerja either tetap or kontrak lepas dorang habis LI lagi. Ada jugak yg further study, ambik master. So aku terimala offer tu even aku tau kerja tu takde kaitan langsung dengan expertise aku. At first I'm quite amazed with the working culture in that company which is a subsidiary of APPCO Group Malaysia. Dari sini aku belajar macam mana nak buat bukan sekadar marketing atau telemarketing, tapi face-to-face marketing. Banyak benda aku belajar masa 4 bulan aku kerja. I learned alot about sales and marketing strategies, communication skills and networking. Sempat jugak aku jadi corporate trainer and trained newbies on how to become a good salesperson. But here's the catch; no basic salary means 100% performance based on your sales, no sales no earnings. The working hour is 11am-10pm every Tuesday-Sunday. The good thing is they paid on weekly basis. So takdela sesak sangat nak tunggu hujung bulan, tapi kalau takde sales utk minggu tu takde maknalah jugak kan?

Then my colleague asked me to join new sales team in Astro, and the good thing was they offered us a basic salary-just what we needed-at RM2025. Kitorang satu team dalam 8 orang masa tu memang tengah sesak dan desperate gila sebab dah berminggu2 sales tak menentu, tambah lagi masalah2 dalaman yg lain, so we quited APPCO and joined Astro based in Technology Park Malaysia. Bulan pertama memang heaven bagi kitorang dgn basic+komisyen sales meletup2. But the 2nd month was a different story. Sales kurang, bos pulak letak target yg langsung tak realistik, promotion yg selalu berubah2 sampai kitorang nak promote pun confuse. Dulu masa sign agreement cakap lain, sekarang lain. So kitorang rasa tertipu jugakla. Hari2 pressure nak achieve sales jer. Kalau tak dapat sales memang kena tiaw la dgn bos. Aku punyer sales bulan kedua zero gua cakap lu. Haha. Tak tahan kena saiko, tiap2 minggu nak meeting mengadap bos yg gila gaban, aku pun resign hujung bulan 6.

Lepas tu apa lagi? Balikla kampung tanam anggur. Memang betul2 jadi penanam anggur berjaya. Haha. Dari aku resign sebelum puasa sampai raya haji, hampir 4 bulan aku tak bekerja. Terasa bebal dan bengap jer duk terperap kat rumah. Bukan aku tak cuba cari kerja lain, tapi langsung takde yg lekat. Panggil interview pun tak dapat. Sampai bergaduh2 dgn buah hati. Adoi! Yela, siapa la tak susah hati kalau takde kerja, serupa takde masa depan. Padahal aku bukan belajar cikai. 2nd class upper Degree in Food Biotech. Banyak bidang aku boleh masuk. Aku boleh masuk industri makanan, Biotech corp, QA&QC, R&D, audit and consultation, F&B line. Tapi kalau dah bukan rezeki nak buat mcm mana. Mak bapak aku pun dah bising2 kenapa tak kerja2 lagi. Tertekan jugak zahir dan batin masa tu. Aku usaha jugak cari kerja, di samping tak lupa berdoa moga2 Allah tunjukkan jalan utk aku.

Tak lama lepas tu bulan 10/2013 aku dapat tau la ada Job Fair dekat Kemaman. So bermulalah job hunting aku hari tu bersama2 adik aku. Masuk jer kat lobi pameran kerja kosongnya banyak yg kelayakan SPM, lepas tu mostly about oil and gas engineering. Manalah aku pandai. Adoyai! Masa tu agak putus harapan jugak. Tapi ditakdirkan aku ternampak booth Nando's. Terfikir jugak ada ke Nando's kat Ganu ni? Then aku pergi jela tanya kat booth tu, saje2 jer. Tapi yg saje2 tu lah yg buatkan aku berada kat tempat aku sekarang ni. Now though I'm still under management training for assistant manager aka Patrao Nando's, but I'm pretty much into it now and become a part of Nando's family. Walaupun sedikit lari dari expertise aku, at least it's F&B related. Ok la tu. Alhamdulillah.

Cuma cabaran bekerja dlm F&B line sangat hebat, kena kuat fizikal, mental dan paling penting kuat iman. Mula2 aku kerja dulu memang zero pasal food handling, SOP, management semua ni. Agak culture shock jugak dengan budaya dan cara kerja orang2 F&B. Tapi nak tak nak aku kenalah blend in and try to survive. Mula2 memanglah rasa payah sangat, yela staff F&B kebanyakan belajar tak sehebat budak universiti, SPM pun tak pass, hidup penuh sosial bagai. But as a manager, I have to be firm and stand by my principles no matter what, only with that way people will start recognizing you and acknowledge you as their boss. It will make easier for you to take control and manage your staff, and at the same time gaining respect from them. Sekarang aku posting dekat Times Square KL, dan semua staff dekat sini semua ok, in fact I'm their favourite Manager on Duty (MOD) rite now. Haha. Ok kembang kejap. So far aku enjoy kerja kat Nando's especially Times Square, and I don't mind if I stay and work here for a while. Gaji pun alhamdulillah la, dah nama pun assistant manager kan. Walaupun takde claim overtime, tapi tiap bulan dapat service charge, kalau sales dan performance bagus quarterly dapatla insentif dan bonus. Tapi cadangnya aku nak request balik transfer ke Terengganu, my hometown kalau takde aral insyaAllah.

Aku tak malu bila orang kata aku belajar bagus tapi kerja manager restoran jer. Aku bukan jenis orang yg kufut nikmat. Aku bersyukur Allah bagi aku peluang kerja ni. Berapa ribu graduan kat luar tu yg masih menganggur tak ada kerja even belajar sampai hujung dunia? Tatau la sebab terlalu memilih kerja ke atau malas nak usaha cari alternatif utk cari pendapatan , I really can't tell. Tapi apa yg aku boleh cakap rezeki dekat muka bumi Allah sangat luas. Macam2 kerja halal kita boleh buat, itu lebih baik dari duk sibuk mengata orang lain, iri hati akan kesenangan orang lain hanya kerana gaji kita sedikit, kereta kita kecik, rumah kita sempit daripada orang lain. Bersyukurlah dan berbanggalah dengan setiap titik peluh dan keringat korang sendiri. Sikit atau banyak bukan soal, yg penting keberkatan dalam hidup. Betul tak geng? Lagipun dalam liku perjalanan aku mencari kerja sebenarnya banyak ilmu dan kemahiran yg aku pelajari, luar dari bidang biotech makanan. Aku belajar management, business, sales and marketing strategy, public relationship, communication skills, leadership skills. Betul la setiap yg Allah jadikan ada hikmah yg tersirat. Setiap kesusahan ada kesenangan yg menyusul. :)


3 comments:

  1. I m inspired..excellent son..

    ReplyDelete
  2. Ok tak kerja nandos? saya nak try apply. Berapa ye basic for asst mnger?

    ReplyDelete

Para Pengikut

TINGGALKAN JEJAK ANDA

Kotak Pencari